England dan France xmungkin menang World Cup 2010??
Aiyaaaa…team italy…
begini la biasanya terjadi, team italy memang jarang mendapat perhatian sebelum kick-off bermula.. aq selaku salah seorang dari jutaan penyokong italy sudah pasti amat gusar dengan perkembangan skuad italy sekarang…namun begitu, jauh di sudut hati aq percaya italy mungkin mencipta keajaiban…
masa Donadoni dulu dah rasa lain macam dah italy ni, seb bek la time world cup ni Lippi amek balik…ape yang orang kutuk team italy skang ni ialah kebanyakkannya team 2006 dan dah tua…
yeah, team italy yang gemilang di zaman maldini, nesta dan baggio dulu…saya harap mereka di 2010 ini masih selaju itu,…team yang defendnya kemas dan serangan bak kilat…
cam masa dekat Euro 2008…adoi, defend lari lambatnya la…dalam bhasa omputih kita panggil outpaced…materazzi terer tanduk tp lari lambat…harap lippi wat sesuatu in term of fitness… dan jangan depend banyak sangat dekat luca toni, world cup kali ni harap ialah tuah buat Iaquinta, Gilardino dan Quagrellia tu…
saya rasa, selain Italy, yang mungkin memang samada Brazil atau Spain je…yang len xleh kot…
England – team ni popular je lebey, dari dulu smpy sekarang senanya mereka last menang 1966 dulu la…ferdinand dgn barry pulak cedera…walcott xmen.. dan saya personally xsuke bila mereka lebey percayakan peter crouch yang tinggi dari Darren bent yang pandai menari…crouch nothing la dekat epl
France – dengan coachnye yang mendapat kritikan hangat… saya pun xpaham kenape karim benzema dan samir nasri tidak berada dalam skuad perancis…dan defend pun adalah pening mereka itu iaitu geng2 defend arsenal yang selalu bolos dalam EPL…….pastu lagi letak henry kat bench…pening la gua…
Germany – team yang aq cam xingat sangat nama semua member die sebab susah nak sebut…suke Lahm dengan Bastian pebende tu…team ni ialah calon hangat untuk ke final sebab last 2002 diorang final, 2006 diorang semi…so, boleh kata 8 tahun kebelakangan ni diorang hebat uh…cume, skang ni Ballack dah cedera, Lehmann dah xmen dah rasa…so pe cer…
Russia – em, memang xkan menang sebab x qualify pun…haha…
Belanda - xdapat la kot jek sebab gue tengok cam xngam je Robben, Sneijder dan Van Persie…cam semua pun cam len2 je style die..mungkin boleh pergi jauh tp xdapat kot title world cup tu…. defend pun pakai sape? John Heitinga? belanda ni lebey kurang cam arsenal la pada pendapat saya sebab kalo menang memang menang besar tp kalo kalah, terus senyap…
Argentina – selain coach yang aneh dan terer bolot bola zaman dulu2, team ni juga cam kureng di bahagian tengah walaupun ada 6 striker terkemuka dunia….captain pun letak Mascherano…. ni geng belanda la ni, striker cam best tp yang len cam pening….
so, korang sokong mana? masing2 mesti ada pendapat sendiri kan….hoho…


June 12, 2010 9:20 AM
aku rasa brazil ngan spain akan pergi jauh...italy tak leh dipandang rendah juga sbb selalu cipta kejutan saat2 akhir..huhuhu